Monday 10 August 2015

Raya 2015!

Alhamdulillah..
Masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan dan Syawal bersama keluarga lagi tahun ni..
:D :D

Tahun ni, raya agak meriah since mostly my abang dan akak balik beraya rumah mak ayah kami dulu.
As usual, yang tak kahwin ni lah yang kena pergi sana sini.
Cari barang dapur.
Cari ayam.
Cari daging.

 Gambar raya 2015.


Ayah, as usual..
Tak ada dalam gambar..
Hmm..
In shaa Allah, next next year semoga dipanjangkan umur, ayah terbukak hati untuk bergambar kami sekeluarga.
And my dream, i want to take a picture only with ayah.
i want to do that.
semoga Allah permudahkan segalanya..
Aamiin..
:')

me. syamiel. haqim. akak.

akak. akak. akak. me.

New family members..
Since, they had lost their parents, this year they are celebrating eid with my family.
semoga arwah ibu dan ayah mereka ditempatkan bersama orang2 yangberiman..
Aamiin..


Another family pictures.

akak. mia. umairah. alia

me. mak. akak.

it should be, me.mak.ayah and akak.
but at this time, ayah still tak bangun daripada tidur lagi.

Alhamdulillah, this year, meriah sedikit.
Even, ayah pun tak berapa nak join kemeriahan tu.
I miss ayah.. :'(


*semoga Allah sentiasa menjaga kedua ibubapa ku daripada sebarang perkara buruk and hasad dengki orang2 yg berada disekeliling mereka..*
Aamiin..

Pictures family.


p/s: one day before raya, i sent him ucapan raya. but, dia tak reply. so sad ;( i hope u happy always,D.. :)


Sunday 26 April 2015

Ada apa dengan CINTA?


Assalamulaikummm~~~
New day, new hope, new spirit, new motivation.

Entri kali ni aku nak bercakap soal C.I.N.T.A..
Haha.
Rasa macam gempak je kan?
Walawehh.. kihkih XD


Everyone deserves to be loved, to loved.
Siapa yang tak nak cinta kan?
Cinta kepada ibu..
Cinta kepada ayah..
Cinta kepada abang dan akak..
Cinta kepada adik..
Cinta kepada sahabat2..
*yg sama jenis je taw!*

Bagi aku, cinta tu subjektif sangat.
Different people different perspective.

Sama jugak dengan cantik.
Lain orang lain definisi cantik..

Never and ever kotori CINTA itu sendiri..
What I means, CINTA itu adalah fitrah manusia..
Allah hadirkan perasaan itu untuk kita sendiri salurkan rasa itu kepada yang berhak saja..

Couple?
Untuk apa?
Even, kau sendiri tak tahu berapa lama kau hidup dekat dunia ni, kau sanggup berjanji bagai untuk orang yg belum tentu jodoh kau lagi.

Mistakes make me learned from it.
Everyone had their own mistakes.
Kesilapan yg sering kita ulang eventhough we know that it is wrong.

Yes,that's me.
I'm always repeating the same mistake.
I'm trying to change myself for better person.
It takes time.
Sometimes, it hurt me.
But, I know that Allah loves me so much..
That's why He give me this obstacle.
He know that I can pass through this obstacles..

Tak rasa bersalah ke, korang agungkan CINTA kepada manusia melebihi CINTA kepada Dia?
remind yourself, don't seksa yourself.

fight with your own lust.
Jangan kotori CINTA yang suci itu dengan perkara2 yang mealalaikan..

Doa, minta dkt Dia untuk permudahkan semuanya..
Cinta kepada Dia itu, lagi manis..
Sebab Allah mmg akan balas Cinta kita..
Cinta kepada manusia belum tentu akan dibalasnya..

Terima kasih ya Allah.. :')


Saturday 18 April 2015

First Story in 2015..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesihatan, nikmat yang aku kira bersyukur sangat..
Alhamdulillah..

Cerita untuk posting this is about one of by close friend that I've had.

Semoga kau tenang di sana, sahabat.. 
Siti Junainah bt Majid.
*gambar Jun always in my heart*

Mei 2011 kami bertemu di Kolej Matrikulasi Selangor as second batch.
#angahKMS
Kelas sama, SM3K1P6.
Mula-mula masing-masing awkaward.
Haha..
And same goes to me.
Lagi-lagi, aku ni baru first time duduk jauh dengan mak ayah. 
Rasa nak Huuuaaargghhh je malam pertama dekat situ.
Haha :'D
Lama-lama kami mula rapat antara satu sama lain.

Dalam lecture,kalau seorang yang masuk dulu, mesti copkan tempat untuk yang lain.
Sekurang-kurangnya 2row kami conquer.
Yang ni, lelaki kadang2 join, kadang2 tak join.
Hihihi

Gambar masa lecture2 awal

Alhamdulillah, sepanjang perkenalan dengan dia, sangat menyenangi.
Tak pernah lokek dengan senyuman..
Tak pernah kedekut ilmu..
Sentiasa merendah diri..

Dan the most thing yg aku suka buat kat dia, kacau dia.
Hahaha..
Mesti dia cakap
"Idaaa.."
Sambil pukul lengan aku.
Hahaha..
How much I miss all those memories,Jun.. :'(

Aku tak boleh nak recall satu memory pun Jun pernah marah aku.
But, aku yang marah dia adalah.
Allah.. Maafkan aku Jun..
Halalkan apa yang pernah kau beri dekat aku..

Last kita contact is on 16th Jan.
At that time, you chat me on Fb.
You asked me about my new number.
Jun, I'm forget to told you that my old number does'nt exist anymore..
You only read my last message..
But, you didn't reply it..

Jun, aku rindu nak dengar doa2 daripada kau.
Aku tahu kau tak pernah lupakan aku.
Aku tahu aku patut berusaha untuk buat reunion between us,316 members..

Jun, how I'm regret all those things Jun..
I'm so sorry..
I love you,Jun..
Lillahi Taala..

Jun, ingat lagi tak last day kita dekat matrik kitaorang prank befday kau?
Tu semua idea aku.
Kau menangis malam tu Jun.
Disebabkan prank yg Warda buat dekat kau.
Kitaorang yang lain dok prepare belakang tangga nak baling tepung dekat kau, sambil suruh Raffi ready bawak kek dekat kau.
Haha..
Aku buat semua tu, sebab aku tahu lepas ni we can't meet each others..
Then, it's true,beb.
Memang kita tak pernah jumpa dah lepas habis matrik.

That night, kita main true or dare.
Lepas baling tepung dekat kau, kita ramai2 duduk dekat Dataran Kosmik makan2..
Hahaha..

That was last day in there before we are going back to our home..
Banyak kenangan kita dekat sana,Jun..
Kenangan kau dengan aku..
Cerita2 yang aku selalu share dengan kau, yang kau share dengan aku..
Kenangan Kau,Putri dan aku..

Jun, aku teringin nak panggil kau dengan gelaran "Dr.Jun"..
Tapi, tak sempat dah Jun..

Maafkan aku Jun,..
Semua memori kita, aku terimbas kembali.
Menerima berita pemergian kau, menyentap tangkai hati aku.
Aku tak expect yang kau akan pergi secepat ini.

Terima kasih Jun untuk semua kenangan..
Terima kasih Jun untuk semua kata2 nasihat..
dan untuk segala-galanya..

Semoga kami semua dapat jumpa kau disana kelak..
Di Syurga Allah..
In shaa Allah..
Doakan kami supaya dimatikan juga pada hari Jumaat, penghulu hari..
Hari yang paling baik diantara hari-hari yang lain..

Jun, aku sayang kau dunia akhirat.
Aku doakan kau berada bersama golongan orang yang beriman..
Terima kasih Jun..
Terima kasih..

KMS 11/12

Al-Fatihah..

Tuesday 3 June 2014

Baaii Baii Sem Empaaaat!

Assalamualaikummmm.. Assalamulaaiikuummm.. 
Alhamdulillah,, *sapu-sapu habuk dt blog*
Hehehehe..
Berhabuk jugak lah blog aku ni.. kebizian melanda diriku semenjak dua menjak ini..
Bukan tak teringat nak update teringat tapi, disebabkan kebizian yang melanda ditambah pula dengan penyakit "M" yang jarang mendapat ubatnya, aku membiarkan blog ini berhabuk..
Cewaaahhh ayat.. kehkehkeh XD
Puitis sangat~~
Sejak bila ni ida ooii??
Adakah hati tengah berbunga?
Ok. mengarut. HAHAHA
Back to my entry, "Baaii Baii Sem Empaatt!"



Alhamdulillah.. Sem 4 telah berakhir..
Berakhir dengan penuh suka dan lara..
Sem EMPAT yang banyak menguji kesabaran aku..
Yang banyak mengajar aku erti kesabaran, erti persahabatan..
SubhanaAllah.. bohong aku cakap aku tak pernah terfikir nak "GIVE UP"..
Bohong aku cakap yang aku tak pernah menangis sepanjang sem EMPAT ni..
Terlalu terlalu banyak air mata aku mengalir sebab tidak tahan nak mengharungi kehidupan..


Menghadapi masalah..


Menghadapi karenah kawan-kawan..


Menghadapi karenah lecturer..
(gmbr diatas hnya propa shaja. haha XD)


Allah tu Maha Mengetahui..
Alhamdulillah, Dia sentiasa ada untuk aku..
Alhamdulillah, Dia mengutuskan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi motivation dekat aku kala aku jatuh..
Sentiasa bersama aku susah dan senang..
Alhamdulillah..
Sem EMPAT yang banyak mengajar aku erti pasrah..
Erti redha dengan setiap apa yang berlaku..
Sebab setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya..
Alhamdulillah, sekarang sedikit demi sedikit i'm trying to let it go.. 
slow by slow.. :)
*Moga Allah beri kekuatan kepada aku.. :')*

Alhamdulillah.. semua project yang memerlukan keringat otak aku keluar seperti air mengalir, akhirnya berakhir dengan selamatnya..
Walaupun ada yang kene ceramah. Hikhikhik XD
But, i love that lecturer so much..
She always give motivation to her student..
Moga Allah rahmati dan berkati apa yang cik lili ajarkan pd ank2 didiknya.. :')
Terima kasih cik lili..
*mcmla cik lili baca kan? haha XD Tak peduli. aku nk jugak ckp kt sini. ini blog aku suka hati aku laaaa. hahahaha =P =P *

Sem EMPAT ni saja  LIMA PROJECT aku kena buat..
LIMA tau. Bukan SATU.
Tapi LIMAA..
Hahaha..
Alhamdulillah, walaupun perit nak siapkan kelima-lima tu, Allah permudahkan urusan aku..
:))


Study week sedang berlangsung..
Orang lain study week seminggu...
Aku study week 2minggu..
Advanveee gituu..
Kehkehkeh XD


Pape punn, Selamat Ber"EXAM" kawan2..


Kpd yg bercuti tu, untunglaa cuti awal! =P
hahaha.."Selamat Bercuti semua.."

p/s: feeling tgah naik turun naik turun. huhu #feelingmeh :/

Sunday 9 March 2014

Halluuuuu.. Halluuuuu..

Assalamualaikumm readers! weee~ haha. okey. nampak nye blog ni dah berhabuk-habuk..
Lap-lap sikit.. *sambil mengelap screen lappy..hihihi*
Lama sudah tidak ku mengupdate blog ini.. 
A lot of things happen lately.. Starting the last story that i moly tu, unitll now, kalau dibukukan 
konpem tebal kot?
Hahaha.. Well, biasalah tu.. 
Kita sebagai khalifah di muka bumi ni adalah ACTOR.. 
Manakala Allah sbg DIRECTOR dalam hidup kita..
Sedar tak sedar, alhamdulillah sem4 menjelma..
Masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan hidup.. 
Meningkatkan amal ibadah..
Mencari keredhaan-Nya..
Alhamdulillah..
Sudah mencapai umur 2* teeetttttt. hahaha XD
This year, alhamdulillah a happy day with His blessing on my birthday..
Balik rumah jumpa mak ayah..
Diaorang tak ingat pun my birthday.. Tapi, aku takdelah terasa.
Aku balik rumah, tengok wajah diaorang, rasa lega sangat..
Rasa bersyukur, sebab masih diberi kesempatan untuk melihat mereka..
Tanpa mereka, siapalah aku ni.. :')
Ahh, rindunya dekat diaorang.. seriously.. :'( 


cake from my beloved kwn..
Delivery sendiri ke bilik aku pulak tu. 
Hahaha

Sehari aku balik rumah, tak online, ramai jugak yg mencari aku..
Alhamdulillah.. terasa diri ini di appreciatekn.. :)
Teharuu tw.. hihihi ^_^
Alhamdulillah.. Terima kasih kwn2 yg wish my birhtday ritu.. 
Thanks a lot.. Moga Allah berkati kalian sentiasa.. :* :* 

*Alhmdulillah jugak, dia wish my birhtday.. Hehehe :)
Alhamdulillah.. Bila aku meseg xpulak dia ckp pape. cehhh je. haha*

Ermm.. ape lg ek?
Haaaa, ramai jugak yg meseg aku time tu. 
Maybe sebab aku diam je kat fb. last alternatif meseg.
hihihiihi >.<
kalau ikutkan nak jugak senyap jek.
Tapi, xpee.. Sebab aku sygkan korang aku reply jugak mseg.
Hahaha.. 
Naughty tak i?
Sangat kannn..
I kat sini mmg naughty.. Tp dgn yg rapat dgn i jelah..
Dgn boys, no no okey.. Dgn girls je i naughty.. 
Muehehehe XD

Ase tu je kot? Next story next update ok! 
Jazakallahu bikhair..
Till we meet again.. :)

p/s: pray for mh370.. tekejut bila baca psl tu.. moga semuanya selamat.. in shaa Allah.. :)


Wednesday 1 January 2014

2014 menjenguk tirai...

Assalamualaikum.... Ahlan wasahlan 2014! 
2014 comingggg~~~~
Weeeeehuuuuuu~
Happy? A little..
Not so much..
Hihihihihihi ^_^

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk hidup lagi dikala ini..
Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. 2014 sudah muncul...


2013 pula meninggalkan kita..


Segala memori manis dan pahit sepanjang 2013 akan aku simpan ketat2 dalam hati..
Yang buruk dilupakan / dijadikan pengajaran..
Yang manis pasti menjadi memori terindah untukku..

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Sudah cukup 20 tahun aku hidup..
Hanya menunggu masa untuk menjejak 21 tahun..
Menghitung hari detik demi detik..
Lalalalalala~~~
Eippp,, nyanyi pulaa.. kihkihkih >.<

2013 berakhir dengan peperiksaan..
2014 disambut dengan peperiksaan juga..
Begitulah nasib seorang pelajar..
Gittuuwww ayat..
Kihkihkih XDD

Moga 2014 seiring dengan pertambahan umurku, fikiranku akan menjadi lebih matang, amalan akan bertambah , disenangi semua orang, menjadi yg lebih baik sebelum ini..
In shaa Allah..
Moga Allah lindungi dimana saja kita berada..
Moga Allah redha dengan apa yg kita lakukan..
Moga segala perkara yang kita lakukan akan mendapat keberkatan..
Moga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan akhirat..
Moga kita berjaya di dunia dan akhirat..
Moga kita diberi peluang untuk membalas jasa kedua ibu bapa kita..
Aamiin allahumma aamiin..
In shaa Allah..



p/s : trying my best to get Dean List and Deen.. In shaa Allah.. :) :)

Monday 30 December 2013

Peperiksaan Sedang Dijalankan!

Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. Assalamualaikummmm~~ Fuhhhh,, fuhhhhh,, fuhhhhhh *mengelap habuk2 yg ade dkt blog nieh.. hihihi XD* Setelah sekian lama tidak mengupdate blog, tetiba plak ari ni rajin.. Hmmmm.. Hmmmmm.. Hehehehehe.. Well, well,, welll.... Orang famous kann.. Selalu busy laa.. Famous ke?? *tgn dibahu mata pandg keats..Kihkihkih XD* 
Alhamdulillah.. Semester 3 dah nak sampai ke penghujungnya..
Alhamdulillah.. Sebab masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas sehingga ke hari ini untuk berbakti kepada keluarga, agama dan bangsa..
Alhamdulillah sebb diberi kesempatan untuk menambah ilmu pengetahuan..
Alhamdulillah untuk segala ujian yg Allah berikan sehingga aku boleh menjadi seperti hari ini..
Melanjutkan pelajaran ke universiti bagi memenuhi impian aku. dan keluargaku..
Alhamdulillah, utk semua doa2 oleh orang yang selalu mendoakan aku sama ada aku mengetahuinya atau tidak..
Alhamdulillah for everything.. :) :)

Blog ni xdela lama sangat tak updatenye..
Banyak jugak nak diceritakan memandangkan banyak jugak program, hal, problems yg happen to me..
But, semua tu aku akan cerita after this yee..

Back to the entri, Yeahhh now is "FINAL EXAM WEEK!"
Hehehehehe...
Final exam utk semester 1 tahun 2..
Alhamdulillah..


Final exam on the show right now..
Tapi ada masa lagi tu utk update blog?
Well,, aku memang suke study last2 minute..
Hehehehe :D
Thats my strategyy..
Strategy laa sangatttt.. =P

Last week, time study week, aku sempat berjimba dengan kawan2 fasi ICT short course berbabeque bersama mereka.. :) :)
Serious, seronok sangat..
Masing2 sporting belake..
Alhamdulillah,, diberi kesempatan utk berkenalan dengan mereka dan mengeratkan ukhwah yg tersedia ada..

Sayang mereka semua~

Alhamdulillah, selain kwn2 matrik, diaorg la yg aku ase happening sgt..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
:') :')

Bila sebut pasal matrik, lot of memories that can make me cry whenever thinking about it..
I miss them a lot..
Moga Allah lindungi mereka dimana saja mereka berada.. :') :')

316 members yg sporting..
Rindu kalian semua.. <3 <3 <3

Study week, since aku ni mmg jenis yg xboleh study kat bilik sebab aku hanya akan tidur banyak, melagha banyak, so aku decide utk study kat libry..
At first nk g sengsorang, then teringat yg kwan aku ni pun suka study kat libry..
Then pegila libry tiap2 hari smpaila hari ni.(30/12/13)
Tp just stay smpai ptg je laa..
Mlm mmg aku dok rehat jep. Hihihihihi :D :D

Study mate sayaa~
girl over boys tw..
Hahahaha..
Gile ahh..
Semalam punye cerita..
Aku dikelilingi oleh jejaka2 tampan UMP..
Aku pn x fikir byk masa tuu.. Sebab nk study jek..
Nasib baik diaorg jenis satu kepala dgn aku..
So takdela nk kekok sangat.. Tapi still ase kekok.. Hehehe :D
Kalo diaorg wt pape kat aku mmg aku wachaaaaa2x sorang2..
Kihkihkih >.<

Last but not least, All the best utk final exam this semester..
Do the best among the best!
In shaa Allah.. :)

p/s : beside me tu, hareen (wearing jacket itam), a non-muslim friend, my classmate but his very sporting. And slalu kene usik pasal solat lah. haha. Doakan supaya 1 hari nanti dia akan diberi hidayah utk masuk Islam.. Aamiin.. :)
Awak, all the best ye utk final this sem. Sama2 kita strive for excellence.. :) :)--> special for him.. ^_^